Pages

Sunday, July 24, 2011

Bila Google Jadi Translator

Ayat asal dalam bahasa Inggeris:

"Meeting you happened to be my fate, turning into a friend was a choice, but falling in love with you truly deeply and madly I admit I had absolutely no control over."


Dan bila Encik Google tolong translate:

"Mesyuarat anda berlaku kepada nasib saya, menjadi rakan pilihan, tetapi jatuh cinta dengan anda benar-benar mendalam dan bingung saya mengakui saya langsung tiada kawalan ke atas."


Facepalm. Ayat yang patutnya jadi sweet, langsung jadi ayat kelakar. Memang betul word by word punya translation. Untuk translate satu, satu word, Google Translator memang awesomesauce. Tapi, kalau bagi satu para suruh translate, memang boleh menangis baca. Hee. Anyway, Google tetap pilihan hati saya. Haha.

Cinta Tikar Sejadah


"Saat aku memegang tikar sejadah ini, tiap kali itulah jantungku berdebar. Perasaanku bergetar. Tak ku sangka, pemberian sekecil ini mampu memberi perubahan yang besar di dalam hidupku. Dan ketika itulah aku mula mengenali apa itu cinta."



Cinta Tikar Sejadah. Drama Melayu, lakonan Farid Kamil dan Fida Hj Ibrahim. Drama berunsur keagamaan. Ada suka, ada duka dan sangat banyak mesej. Kisah hidup seorang Hazry yang berubah 360 darjah bila kembali ke tanah air bonda tercinta. Bermula dengan niat untuk mendapatkan harta kekayaan milik tok abahnya, tapi apa yang dia dapat di akhir cerita adalah jauh lebih berharga daripada apa yang pernah dia bayangkan.

Seronok tengok drama ni. Walaupun cuma setengah jam setiap episod, tapi dalam setiap episod mesti ada babak yang buat rasa terharu tak pun mencuit hati. Paling suka hubungan antara dua beranak, seorang datuk dan cucunya. Walaupun cucunya hidup dah jauh menyimpang, tapi datuknya tak pernah menghukum. Perlahan-lahan si datuk bermain psikologi, cuba menarik si cucu kembali ke arah yang sepatutnya. Dan paling suka cara tok abah memujuk hati si cucu. Sangat lembut dan berbahasa. Tak perlu guna ayat yang complicated. Simple, tapi mesej sampai. Siapa yang dengar pun mesti lembut hatinya. 

Sungguh, kalau sesiapa yang tengah mencari-cari nak tengok drama Melayu yang fun tapi ada input dan bukan hiburan semata-mata, tengoklah Cinta Tikar Sejadah. Tak rugi tengok. Minus part yang dengki tak sudah dan gila harta tu, Cinta Tikar Sejadah memang fun dan banyak mesej. Thumb up!



"Hazry: Saya ingat saya nak pergi tampar semua setan-setan tu tok. 

Tok bah: Syaitan tu bukan berada dalam dunia kita. Dunia dia lain. dia masuk ke dunia kita ni melalui alam batin. Mengganggu manusia. Kalau kita nak pergi tampar dia, kalau dia berada di pokok, kita nampak muka dia, kita tampar dia, tiba-tiba dia hilang. Yang kena pokok, tangan siapa yang sakit? Tangan kita jugak. Tak payah la."



Sungguh sangat suka cara tok bah pujuk cucu dia yang tengah marah. Padahal cucu dia bukan budak lagi. Siap dah boleh jadi bapak budak pun. Lembut je cara tok bah pujuk. Siapa yang ada dekat tempat cucu tu pun, mesti jadi lembut hati bila dengar.