566 Kata-Kata Hikmah - Dr. 'Aid Bin Abdullah Al-Qarni
#256 Di antara sekian banyak rahmat Allah yang diturunkan kepada hamba-Nya adalah bahawa setiap orang yang mentaati-Nya akan diciptakan kekayaannya di dalam hatinya. Dia akan berasa telah memiliki dunia seluruhnya, sekalipun hanya memiliki beberapa suap nasi.
#441 Boleh jadi Allah mencegah anda memperolehi sesuatu adalah satu kurniaan-Nya dan tidak terlaksananya keinginan anda adalah satu bentuk kasih sayang-Nya, tertundanya pencapaian anda daripada apa yang anda inginkan adalah inayah daripada Allah, kerana Allah lebih mengetahui diri anda daripada anda sendiri.
#444 Orang yang tidak pernah bahagia di rumahnya, maka dia tidak pernah bahagia di tempat lain. Ketahuilah bahawa tempat yang paling mententeramkan jiwa, paling menenangkan hati dan paling jauh daripada bebanan yang amat berat adalah rumah anda sendiri.
#488 Sebahagian orang seperti ikan buta, dia mengira bahawa dia berada dalam gelas kecil, padahal dia berada di lautan. Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas. Namun acap kali kita menyempitkan jiwa kita dengan segunung kebencian, ketakutan, permusuhan dan kesedihan.